fbpx
Aris meninjau pematuhan harga barangan sempena Majlis Pelancaran dan Walkabout SHMMP Deepavali 2026 di Pasar Raya TF Value-Mart, Bandar Sri Sendayan, di sini hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

Isu halal: Tujuh aduan diterima KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan menerima tujuh aduan berhubung isu halal dengan satu kes membabitkan penjualan makanan ringan di sebuah pasar raya tahun ini.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima maklumat mengenai kegiatan penyembelihan ayam seperti yang tular berlaku di sekitar negeri ini.

“Buat tahun ini, kita sudah pun menerima sebanyak tujuh aduan berhubung isu halal dengan satu kes direkodkan membabitkan penjualan makanan ringan di sebuah pasar raya yang disiasat mengikut Perenggan 8(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya pada Majlis Pelancaran dan Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2026 di Pasar Raya TF Value-Mart, Bandar Sri Sendayan, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Pencegahan KPDN, Aris Mamat berkata, kementerian akan terus memperketat pemantauan terhadap penggunaan logo halal susulan isu tular membabitkan ayam yang didakwa tidak disembelih mengikut hukum syarak.

“Dari segi cara penyembelihan, pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) yang tentukan. Kami menentukan logo yang dipakai. Kalau dia pakai logo palsu, bukan daripada pihak berkuasa, baru kita ambil tindakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN