fbpx
Tangkap layar kejadian membabitkan pencerobohan pusat pemulihan di Klang.

[VIDEO] Pusat pemulihan diceroboh, penghuni dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sekumpulan individu menceroboh sebuah pusat pemulihan di Klang sebelum membawa keluar beberapa penghuni tanpa kebenaran pihak pengurusan premis berkenaan.

Kejadian itu turut di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan. Difahamkan pusat pemulihan tersebut membabitkan dadah dan alkohol yang dijalankan badan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik pusat berkenaan pada 28 Oktober lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki dan wanita tidak dikenali datang ke premis itu sebelum membawa keluar beberapa penghuni.

“Kita masih menyiasat jumlah penghuni yang telah melarikan diri.

“Polis mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan jenayah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM3,000.

Ramsay turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta mengganggu siasatan polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Klang Utara menerusi talian 03-3291 9614 atau balai polis berhampiran.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Sarjan Amirul Ashraf Abd. Rahim menerusi talian 011-69730086,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN