fbpx
Zahirah memohon maaf atas keterlanjuran bicaranya tentang perayaan atau sambutan Halloween.

Zahirah MacWilson mohon maaf ‘sentuh’ kepercayaan Halloween

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Zahirah MacWilson memohon maaf selepas hantaran media sosialnya mengenai sambutan perayaan tertentu mengundang kecaman, selain mengakui masih dalam proses mendalami ilmu berkaitan agama dan kepercayaan.

Ujar Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, dia tidak berniat menyinggung perasaan atau memperlekeh kepercayaan mana-mana pihak.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya hantaran tersebut menyinggung perasaan sesiapa. Saya sudah memadamnya tidak lama selepas dimuat naik supaya tidak menimbulkan lebih banyak salah faham.

“Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti atau menyinggung kepercayaan sesiapa. Saya masih dalam proses mempelajari agama dan kepercayaan, malah sejak itu saya turut membuat kajian, bukan sahaja mengenai kepercayaan sendiri, tetapi juga agama serta kepercayaan orang lain,” katanya dalam Instagram

Tambah bintang drama Good Boys Go to Heaven itu, dia berasa hairan apabila terdapat percanggahan antara maklumat diperoleh melalui pembacaannya dengan perkara diperhatikan dalam kehidupan seharian.

Bagaimanapun, Zahirah menjelaskan pandangannya itu bukan bertujuan menyasarkan mana-mana kelompok, sebaliknya lahir daripada persoalan serta usahanya untuk memahami perkara berkenaan.

“Saya mendapati fakta seolah-olah bercanggah dengan perkara diperhatikan. Tujuan hantaran itu bukan untuk menyasarkan sesiapa, sebaliknya saya sekadar meluahkan persoalan kerana masih cuba memahami perkara tersebut.

Tangkap layar kenyataan Zahirah berhubung sambutan Halloween di media sosial yang disalah erti ramai netizen.

“Islam mengajar saya supaya berlaku adil, berbuat baik dan bersikap saksama terhadap orang lain, bukannya menghina sesiapa,” ujarnya.

Sebelum ini, Zahirah mencetuskan kontroversi apabila berkongsi pandangan negatif mengenai sambutan perayaan tertentu menerusi hantaran di media sosial.

Dalam perkongsian berkenaan, dia menyifatkan sambutan tersebut sebagai perayaan paling tidak masuk akal pada pandangannya, meskipun pernah menetap di luar negara selama 20 tahun.

Zahirah turut mempersoalkan beberapa amalan ketika sambutan perayaan berkenaan, termasuk kanak-kanak memakai kostum, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.

“Paling tak masuk akal pada pandangan saya. Duduk di luar negara selama 20 tahun pun saya tidak pernah memahami sambutan ini.

“Mereka benar-benar bersungguh-sungguh menyambutnya. Krismas, Easter, Halloween, semuanya terasa pelik bagi saya.

“Semua sambutan ini melibatkan kanak-kanak berpakaian tertentu, meminta gula-gula atau coklat, duduk di atas pangkuan lelaki tua serta memuja watak bersifat syaitan, unsur ghaib atau kematian,” tulisnya dalam tersebut

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi, dengan segelintir netizen menyifatkan pandangannya sebagai tidak sensitif terhadap kepercayaan penganut agama lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN