fbpx
Masjid Jamek Kuala Klawang. Foto media sosial

Bekas imam buat laporan polis jawab kenyataan JHEAINS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Bekas Imam Masjid Jamek Kuala Klawang membuat laporan polis, semalam, bagi menjawab kenyataan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung isu peletakan jawatannya susulan kontroversi bacaan nama Undang Luak Jelebu dalam khutbah Jumaat.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu selepas mendakwa kenyataan JHEAINS pada 30 Oktober lalu mengandungi maklumat yang tidak tepat berhubung status peletakan jawatannya.

Bekas imam berkenaan mendakwa, notis peletakan jawatan telah diserahkan secara bertulis pada 27 Oktober lalu melalui kumpulan WhatsApp rasmi Pegawai Masjid Daerah Jelebu.

Dakwanya, pengesahan keputusan itu telah dibuat dalam pertemuan bersama Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu pada 28 Oktober lalu, dengan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh berkenaan.

Mengulas dakwaan berhubung penerimaan elaun selepas meletakkan jawatan, beliau menjelaskan, bayaran yang diterima pada 22 Oktober lalu merupakan hak bagi tugas yang telah dilaksanakan sebelum keputusan tersebut dibuat.

Berhubung insiden solat Jumaat pada 30 Oktober lalu, katanya, kehadirannya di masjid berkenaan adalah sebagai jemaah biasa dan bukannya menjalankan tugas sebagai imam.

Beliau turut mendakwa tiada maklum balas atau penyelesaian diberikan oleh pihak JHEAINS berhubung isu berkenaan sehingga mendorongnya membuat laporan polis bagi mempertahankan reputasi diri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN