SEREMBAN – Ujian saringan air kencing ke atas pelajar sekolah menengah dipercayai berada dalam keadaan khayal di sebuah sekolah di Nilai mengesan tiga jenis dadah.
Remaja tersebut dipercayai positif ketamin, benzodiazepin (benzo) dan tetrahydrocannabinol (THC) selepas saringan awal dilakukan pada 28 Oktober lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular di aplikasi Threads pada 4 November lalu sebelum siasatan dijalankan ke atas pelajar tersebut.
“Bagaimanapun, keputusan ujian saringan awal air kencing itu masih tertakluk kepada pengesahan lanjut. Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.
“Pelajar tersebut akan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan berhubung dakwaan seorang pelajar berada dalam keadaan khayal di sebuah sekolah. – KOSMO! ONLINE
















