fbpx
Gambar hiasan

Diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari bermula esok sempena sambutan Deepavali 2026.

Diskaun itu berkuat kuasa mulai pukul 12 tengah malam, 6 November hingga 11.59 malam, 7 November.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah ini bagi membantu meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga sempena perayaan berkenaan.

Katanya, inisiatif itu melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.

“Pemotongan dikecualikan di plaza tol sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuh Raya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan inisiatif itu dianggarkan melibatkan bayaran pampasan sebanyak RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang akan ditanggung kerajaan, tertakluk kepada pengesahan data trafik.

Katanya, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyelaras pelaksanaan diskaun berkenaan bersama syarikat konsesi lebuh raya terlibat bagi memastikan kelancarannya.

“Pengguna juga dinasihati memastikan baki kad Touch ‘n Go atau eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan, mematuhi had laju, menjaga jarak selamat antara kenderaan serta berehat secukupnya bagi mengelakkan keletihan ketika memandu.

“Selain itu, pengguna digalakkan menyemak maklumat trafik semasa serta sebarang insiden di lebuh raya melalui saluran rasmi LLM bagi mendapatkan maklumat terkini dan merancang perjalanan dengan lebih teratur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN