fbpx
Gambar hiasan

Deepavali: 3.28 juta kenderaan sehari dijangka guna lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 3.28 juta kenderaan sehari dijangka menggunakan lebuh raya utama di seluruh negara pada hari-hari puncak sempena sambutan Deepavali Ahad ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, peningkatan trafik dijangka berlaku seawal hari ini, khususnya membabitkan pengguna yang menuju ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air.

Menurut LLM, lebuh raya kendalian Kumpulan PLUS dijangka merekodkan jumlah trafik tertinggi iaitu sebanyak 2.24 juta kenderaan sehari.

Ia diikuti Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang sebanyak 288,000 kenderaan, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (190,000) dan Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (168,000).

Sementara itu, masing-masing jangkaan 135,000 kenderaan bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor serta Lebuh Raya Kajang-Seremban.

“Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) Fasa 1 dijangka merekodkan 83,000 kenderaan sehari, diikuti LPT2 (44,000).

“Bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya berjalan lancar dan selamat, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi membuat persediaan rapi bagi menghadapi peningkatan trafik sepanjang musim perayaan,” kata LLM dalam kenyataan hari ini.

LLM berkata, antara langkah diambil termasuk penangguhan sementara kerja penyelenggaraan yang memerlukan penutupan lorong bermula esok hingga 10 November, kecuali kerja kecemasan seperti menampal jalan berlubang.

Selain itu, katanya, sebanyak 30 lokasi di Lebuh Raya kendalian PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane bagi membantu melancarkan aliran trafik di kawasan yang dikenal pasti berisiko mengalami kesesakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN