fbpx
Keadaan motosikal ditunggang suspek membawa dadah jenis ganja seberat 11 kg selepas terbabas di laluan berlumpur di Jalan Kasban, Jeram Perdah dekat Pasir Mas semalam. -Foto PGA

Motosikal terbabas dalam lumpur, pengedar dadah lari tinggal 11kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang lelaki tidak sempat mengedar 11 kilogram (kg) ganja bernilai RM34,100 selepas motosikal yang dia tunggang terbabas ke laluan berlumpur ketika ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Kasban, Jeram Perdah di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 8.30 malam itu, suspek yang menunggang motosikal jenis Honda Wave tanpa nombor pendaftaran sempat melarikan diri ke dalam kawasan semak samun.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, sebelum kejadian, anggota PGA mengekori motosikal itu sebelum mengarahkan penunggangnya berhenti, namun suspek memecut sebelum terbabas ke laluan berlumpur.

Katanya, anggota PGA yang melakukan pemeriksaan pada motosikal tersebut menjumpai satu beg galas dan satu beg pakaian yang ditinggalkan suspek.

“Pemeriksaan di dalam beg galas itu menemukan 40 ketulan mampat ganja seberat 4.4kg dianggarkan bernilai RM13,640. Sebuah lagi beg berisi 60 ketulan dadah sama seberat 6.6kg dengan bernilai RM 20,460.

“Semakan mendapati, motosikal yang ditinggalkan suspek tidak mempunyai sebarang rekod dan dipercayai merupakan kenderaan dari Thailand,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN