KUALA LUMPUR – Sekumpulan 21 Ratu Cantik Gaia kelihatan lebih menawan apabila memperagakan koleksi jed sekali gus menyerlahkan lagi keanggunan mereka ketika mengenakan perhiasan batu permata eksklusif.
Barang perhiasan koleksi Kayangan Kegembiraan itu menghimpunkan pelbagai warna, bentuk dan karakter batu permata itu bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang mengutamakan keunikan tersendiri.
Setiausaha syarikatnya, Aurora berkata, setiap jed mempunyai ciri berbeza berdasarkan warna, kejernihan dan keistimewaan semula jadi yang mempengaruhi nilai serta daya tarikannya.
“Warna yang berbeza membawa maksud yang berbeza. Kami sedia membantu pelanggan memahami karakter jed dengan lebih mendalam, selain memberikan pengalaman pemilihan perhiasan yang lebih bermakna,” katanya.
Beliau ditemui selepas meraikan lebih 40 tetamu termasuk 21 Ratu Cantik Gaia yang turut memperagakan koleksi jed Kayangan Kegembiraan di sini.
Menurut Aurora, nilai jed bukan hanya terletak pada penampilan, sebaliknya turut ditentukan berdasarkan kualiti batu permata, terutama kejernihan dan kandungan inklusi di dalamnya.
“Semakin jernih jed itu dan semakin kurang inklusi, semakin tinggi harganya,” katanya.

Menariknya, jed juga mempunyai makna tersendiri dalam kalangan penggemarnya yang mengaitkan batu permata itu dengan perlindungan serta kesejahteraan.
“Kadangkala orang mengatakan jed boleh melindungi mereka. Ia melambangkan perlindungan,” katanya.
Bagi pelanggan yang mencari gelang jed dengan ukuran lebih besar, Kayangan Kegembiraan turut menyediakan pilihan bersaiz antara 60 hingga 65 yang agak sukar ditemukan di pasaran.
“Kadangkala gelang jed bersaiz besar sukar ditemukan, tetapi kami menyediakan saiz 60 hingga 65.
“Tidak kira sama ada anda membeli atau tidak, kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk minum teh tarik bersama-sama,” katanya sambil berseloroh.
Selain koleksi sedia ada, pelanggan yang menginginkan perhiasan mengikut cita rasa sendiri boleh mendapatkan perkhidmatan tempahan khas yang membolehkan reka bentuk disesuaikan dengan pilihan masing-masing.
Kayangan Kegembiraan turut melantik ahli gemologi dalaman, Audris Kok, yang berperanan sebagai perunding reka bentuk barang kemas di premis berkenaan.
Orang ramai yang berminat boleh mengikuti akaun TikTok dan Instagram Kayangan Kegembiraan untuk maklumat lanjut.
















