fbpx
Keadaan mangsa yang tersepit di bawah lori di lokasi kemalangan di KM19 Jalan Teluk Intan-Bidor semalam. - Foto IHSAN PDRM

Lelaki maut, rakan lari selepas dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas motosikal yang ditunggang dpercayai dilanggar lori dari arah belakang di Kilometer 19, Jalan Teluk Intan-Bidor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Hilir Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 11.50 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu bergerak dari arah Bidor menghala ke Teluk Intan.

“Setibanya di lokasi kejadian, lori yang dipandu lelaki tempatan dipercayai melanggar belakang motosikal yang dinaiki dua lelaki warga Bangladesh ketika sedang membelok ke kanan untuk memasuki simpang.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng pula melarikan diri dari lokasi berkenaan. Drebar lori pula tidak cedera,” katanya hari ini.

Kok Lian berkata, pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tidak memiliki lesen memandu yang sah, manakala cukai jalan telah tamat tempoh.

“Polis merakam keterangan pemandu bagi membantu siasatan dan sampel darahnya turut diambil untuk ujian toksikologi,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar nahas termasuk mengesan pembonceng motosikal yang meninggalkan lokasi kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Syamil Abd Manan di talian 05-6299056 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN