fbpx
SELAMA 30 tahun dalam bidang pengacaraan, Aznil kini ingin memberi ilmu dalam bidang komunikasi. – FIRDAUS JOHARI

Jenamakan diri, Pak Nil ajak asah retorik komunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEBIH tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi kini membimbing orang ramai menguasai kemahiran komunikasi menerusi program pembangunan profesional, SHOW ADA KELAS — The Signature Communication Experience.

Dijadualkan berlangsung pada 28 November depan di Plenary Theatre, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), proram itu tampil dengan pendekatan pembelajaran interaktif yang menggabungkan perkongsian ilmu, latihan praktikal dan hiburan.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil mengakui program ia merupakan pertaruhan berani kerana dia kebiasaannya tampil mengendalikan program secara percuma tajaan pihak penganjur.

“Ini boleh dikatakan percubaan pertama saya yang agak berani kerana sebelum ini, saya mengadakan program untuk penonton secara percuma, manakala bayaran saya ditanggung penganjur.

“Kali ini, penganjur menyerahkan kepada penonton untuk membayar bagi mendapatkan ilmu.

“Kadang-kadang, apabila mendapat ilmu secara percuma, kita mengambilnya mudah. Tetapi apabila kita membayar, kita lebih menghargainya,” katanya kepada HibGlam.

Tambah pelakon filem Cicakman itu, mentaliti menghargai ilmu amat penting agar setiap intipati yang disampaikan benar-benar meresap ke dalam diri peserta.

“Kita boleh lihat sendiri bagaimana peserta mengambil nota dan menyimpan perkara yang dipelajari kerana mereka sudah mengeluarkan wang untuk pengalaman itu.

“Kita sudah terbiasa membayar untuk mendengar lagu atau menonton filem. Begitu juga dengan ilmu, khususnya berkaitan pengucapan awam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aznil mendedahkan antara misi utamanya menganjurkan program tersebut adalah untuk merungkai akar umbi masalah keyakinan diri yang sering membelenggu golongan muda sejak di bangku sekolah lagi.

“Saya berasakan kita perlu menangani masalah keyakinan berkomunikasi sejak di bangku sekolah lagi.

“Sikap tidak mahu bertanya soalan atau bercakap di hadapan orang ramai perlu diubah sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.

“Jika tidak, sikap itu akan terbawa-bawa sehingga ke universiti dan tempat kerja,” katanya lagi.

Menerusi program berkenaan, peserta akan mengikuti lima modul utama, iaitu Komunikasi Bermula Dengan Keyakinan, Seni Berkomunikasi Yang Menyakinkan, Executive Presence, Storytelling Yang Berkesan dan Menjadi Individu Yang Dipilih.

Modul berkenaan merangkumi teknik mengatasi kegugupan, penggunaan bahasa badan, kawalan suara, penyusunan mesej, kemahiran pembentangan serta pembinaan penceritaan dan penjenamaan diri.

Jika dalam subjek seni persembahan di universiti, silibus terasa cukup dekat dengan subjek retorik, satu seni pembujukan sama ada secara lisan, tulisan atau visual yang merangkumi tiga elemen utama, ethos (kredibiliti), pathos (emosi) dan logos (logik).

Tiket berharga RM288 dan RM388, manakala caj tambahan dikenakan bagi pilihan e-sijil (RM50), sijil fizikal (RM100) dan sesi Meet & Greet (RM200). Tiket boleh dibeli menerusi platform ticket2u.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN