fbpx
Perodua Alza dan bas persiararan yang terlibat dalam kemalangan di JRTB selepas R&R Banjaran Titiwangsa, Gerik hari ini.

Zambry ucap takziah kepada bakal graduan UMK, ibu bapa maut nahas di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir menzahirkan ucapan takziah kepada bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Husna Syakira Abd Halim serta keluarganya atas pemergian kedua-dua ibu bapanya dalam satu kemalangan.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, beliau berkata, pemergian kedua-dua ibu bapa Husna Syakira yang terkorban ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK merupakan satu kehilangan yang amat menyedihkan.

“Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK,” katanya.

Pada masa sama, Zambry turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian berat itu,”ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka parah selepas kereta dinaiki keluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), selepas Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Abd. Halim Bakar, 64, dan isterinya, Siti Sara Abd. Rahman, 58, manakala anak lelaki mereka, Mohamad Syazwan Hakimi, 28, mengalami kecederaan parah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN