fbpx
Gambar hiasan.

Penguatkuasaan tidak cukup sekiranya pemandu masih cuai – Sahabat JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keselamatan jalan raya perlu bermula daripada sikap dan tanggungjawab setiap individu, bukannya bergantung kepada penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata.

Exco Skuad Sahabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Daniel Khoo berkata, setiap pengguna jalan raya perlu mempunyai kesedaran untuk mematuhi peraturan serta menghormati keselamatan orang lain tanpa mengira jenis kenderaan yang dipandu.

Daniel

Menurutnya, masyarakat tidak sepatutnya membuat sebarang andaian berhubung punca kemalangan, tingkah laku pemanduan atau pihak yang bertanggungjawab sebelum hasil siasatan rasmi diumumkan.

“Jalan raya bukan litar lumba. Sehebat mana pun prestasi sesebuah kenderaan, ia tidak boleh menggantikan kesedaran keselamatan dan rasa tanggungjawab yang perlu ada pada seorang pemandu.

“Pemandu yang benar-benar bertanggungjawab bukan sahaja pandai memandu, malah menghormati nyawa,” katanya bagi mengulas kes kemalangan jalan raya yang kerap berlaku ketika ini akibat kecuaian pemandu.

Daniel yang juga Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Negeri Pahang, berkata, setiap pemandu sama ada menggunakan kereta biasa, kereta sport atau kenderaan berprestasi tinggi perlu mengutamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Katanya, golongan muda khususnya perlu menghindari sikap menjadikan kelajuan atau aksi pemanduan berbahaya sebagai cara untuk mencari keseronokan dan mendapatkan pengiktirafan.

Beliau menegaskan, usaha membentuk budaya pemanduan berhemah memerlukan penglibatan semua pihak dan tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada JPJ serta agensi penguat kuasa.

“Kita tidak boleh hanya meminta orang lain berhati-hati, kita sendiri mesti melakukannya dahulu.

“Hanya apabila kita bermula daripada diri sendiri, kemudian mempengaruhi orang di sekeliling, barulah budaya jalan raya yang lebih bertanggungjawab dapat dibina secara beransur-ansur,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN