KEADAAN SUV dinaiki ADUN Guar Chempedak dan anaknya selepas terlibat kemalangan di Ulu Sedaka, Yan, semalam. - Foto FACEBOOK KAKI JALAN 66

ADUN Guar Chempedak, anak cedera nahas dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan anak lelakinya mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan sebuah sekolah di Ulu Sedaka, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.41 pagi itu, ADUN terbabit menaiki kenderaan utiliti sukan jenis Proton X50 yang dipandu anaknya berusia 32 tahun.

SUV dinaiki dua beranak itu terbalik selepas terlibat kemalangan dengan kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, ADUN tersebut dalam perjalanan untuk bersarapan bersama Team GG Bikers dalam program Explore Ride Yan Kedah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Aikap Dunding berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 8.41 pagi dan anggota kereta peronda digerakkan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

“Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu hanya cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Team GG Bikers dalam hantaran di media sosial memaklumkan, Abdul Ghafar sepatutnya menyertai kumpulan tersebut untuk bersarapan di Warung Lah Roti Canai sebelum bermulanya program berkenaan.

Bagaimanapun, pegawai khas ADUN itu mewakilinya untuk meraikan kumpulan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN