TANGKAP layar menunjukan kawanan lipas menyelamatkan diri daripada bencana banjir. - AGENSI

Beribu-ribu lipas panjat tiang ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK –  Hujan lebat yang melanda daerah-daerah di Bangkok sejak beberapa hari lalu mengakibatkan banjir teruk yang menenggelamkan laluan utama dan kawasan perumahan penduduk, lapor halaman berita detik.com

Di tengah-tengah bencana tersebut, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan fenomena luar biasa beribu-ribu  lipas dilihat memanjat tiang bagi menyelamatkan diri daripada air banjir.

Menurut laporan laman berita  Mothership.SG semalam, serangga itu berkumpul pada kedudukan yang lebih tinggi untuk mencari perlindungan selepas habitatnya dilimpahi air.

Fenomena itu berlaku akibat sistem saliran dan tempat sembunyi lipas-lipas terendam sepenuhnya, memaksa serangga itu keluar untuk mencari kawasan lebih kering. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN