fbpx
Seekor harimau kumbang jantan dewasa seberat kira-kira 50 kilogram berjaya ditangkap di Kampung Batang Nyamor.- Foto PENDUDUK

[VIDEO] Harimau kumbang 50kg masuk perangkap di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Seekor harimau kumbang jantan dewasa seberat kira-kira 50 kilogram berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di Kampung Batang Nyamor di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, pihaknya menerima aduan pertama berhubung kehadiran haiwan liar itu di kawasan ternakan persendirian milik penduduk kampung pada 29 Oktober lalu.

Menurutnya, tindakan awal diambil pada hari sama sebelum perangkap dipasang bagi menangkap haiwan berkenaan.

“Harimau kumbang jantan dewasa itu berjaya memasuki perangkap pada malam semalam. Kita dapat maklumat dari pengadu sekitar pukul 10 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata, haiwan yang menggunakan nama saintifik Panthera pardus itu dianggarkan berusia antara enam hingga tujuh tahun.

Katanya, pemeriksaan oleh pegawai veterinar mendapati haiwan berkenaan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius pada badannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN