fbpx
Anggota KPDN memeriksa tangki mengandungi 1,000 liter diesel dalam serbuan di Felda Selasih, Besut semalam.

Lelaki disyaki salah guna kad fleet SKDS diberkas KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang lelaki berusia 60-an diberkas kerana disyaki menyalahgunakan kad fleet Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk memperoleh diesel melebihi kuantiti dibenarkan di Felda Selasih, di sini, semalam.

Suspek yang dipercayai menggunakan bekalan minyak diesel itu secara haram untuk perusahaan projek pasir diberkas pada pukul 11.30 malam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Mohd. Mufsi Lat berkata, sebelum ditahan, kenderaan pikap dipandu lelaki warga emas itu telah diekori sehingga tiba di sebuah rumah di Felda Selasih berkenaan.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan Toyota Hilux berkenaan menjumpai 1,000 diesel mencurigakan yang disimpan di dalam tangki tambahan terletak di bahagian belakang.

“Berdasarkan soal siasat, suspek mempunyai tiga permit barangan kawalan aktif dengan had kuantiti maksimum 600 liter sahaja,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Mufsi berkata, suspek juga mempunyai empat resit melibatkan 250 liter setiap transaksi daripada sebuah stesen minyak di daerah ini pada masa sama.

Beliau berkata, kesemua minyak diesel tersebut yang bernilai RM111,470 telah disita bersama dokumen berkaitan serta kenderaan Toyota Hilux.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN