fbpx
Masjid At-Taufiqiah di Puncak Alam turut terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Tujuh kali dilanda banjir, Masjid At-Taufiqiah bakal berpindah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Masjid At-Taufiqiah di Puncak Alam yang menjadi ‘mangsa’ banjir sebanyak tujuh kali sejak 2021 berkemungkinan terpaksa dipindahkan atau ditinggikan bagi mengatasi masalah limpahan air berulang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kedua-dua pilihan itu akan dibincangkan bersama pihak pengurusan masjid bagi mencari penyelesaian jangka panjang.

Menurut beliau, kedudukan masjid berkenaan yang terletak di kawasan rendah menyebabkan premis ibadah itu terus berisiko ditenggelami air setiap kali berlaku limpahan.

“Saya perlu bincang dengan pihak Masjid Taufikiyah nanti. Sebab daripada segi asasnya dah tujuh kali sejak tahun 2021.  Nampaknya sama ada kita kena meninggikan masjid tersebut atau pun kita kena memindahkan masjid tersebut,” katanya selepas meninjau lokasi kolam tadahan di Universiti Teknologi  Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam di sini, hari ini.

Beliau berkata, masalah itu berpunca daripada limpahan air dari daerah Petaling yang mengalir melalui Sungai Subang sebelum menjejaskan beberapa kawasan termasuk Merbau Sempak dan Saujana Aman.

Bagaimanapun, kata beliau, beberapa langkah mitigasi termasuk penambahbaikan ban menerusi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Buloh 1 telah membantu mengurangkan kesan limpahan.

“Dah hampir lengkap, selesai (RTB Sungai Buloh 1). Tetapi kita tengok masih ada sedikit limpahan walaupun projek telah hampir selesai,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN