fbpx
Najib.

UMNO selesai bayar denda Najib Razak di mahkamah, tabung ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – UMNO hari ini mengumumkan jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mencapai sasaran dan mencukupi bagi membantu bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, susulan kejayaan itu, UMNO juga menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

“UMNO dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan sebelum ini untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai.

“Oleh itu, tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam (crowdfunding) bagi tujuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tabung tersebut dilancarkan pada 18 September lalu bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Asyraf Wajdi bersyukur dan merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh ahli UMNO serta orang ramai yang telah menyumbang sepanjang tempoh berkenaan.

“Terima kasih kepada ahli UMNO di seluruh Malaysia dan orang ramai yang tidak putus-putus menyumbang ke dalam akaun yang disediakan sejak hari pertama ia dilancarkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN