fbpx
REPUTASI SSI sebagai venue bertaraf antarabangsa juga menjadi antara faktor pemilihan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

SSI dipilih bukan untuk JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Pemilihan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue perlawanan akhir Piala FA disifatkan sebagai keputusan tepat memandangkan stadium berkenaan memiliki kemudahan serta kualiti yang mampu menjamin kelancaran aksi kemuncak itu.

Tidak timbul soal pemilihan itu akan memberikan kelebihan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) sekiranya Harimau Selatan layak ke perlawanan akhir kerana keutamaan adalah memastikan perlawanan akhir berlangsung dalam suasana terbaik.

Malah ia tidak wajar menimbulkan isu atau persepsi berat sebelah kerana sejarah final Piala FA 2005 dan 2008 yang membabitkan pasukan Selangor pernah dilangsungkan di stadium keramat The Red Giants iaitu Stadium Shah Alam.

“Bagi saya tiada masalah pun, aksi final boleh dijalankan di SSI dan saya tidak nampak sebarang isu atau perkara yang boleh mendatangkan berat sebelah. Jika kita tengok sejarah sebelum ini, Stadium Shah Alam juga pernah menjadi venue perlawanan akhir Piala FA ketika Selangor sendiri beraksi dalam perebutan kejuaraan pada edisi 2005 dan 2008.

“Jadi, saya tidak fikir pemilihan SSI sebagai venue final kali ini perlu dijadikan isu kerana kita pernah menyaksikan situasi sama apabila pasukan tuan rumah atau pasukan yang beraksi di stadium berkenaan turut mara ke pentas final.

“Saya percaya mana-mana pemain pun rasa tetap bersemangat untuk bermain di pentas final tidak kira di venue mana sekalipun. Jika seseorang pemain itu benar-benar mempunyai semangat juang, dia pasti menyukai cabaran, suasana dan semangat untuk beraksi dalam perlawanan akhir di stadium berkenaan.

“Apatah lagi penganjur pastinya mahukan kelancaran dalam semua aspek sepanjang perlawanan akhir itu dan SSI merupakan sebuah stadium bola sepak yang berkualiti,” kata Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim.

Untuk rekod, pada edisi 2005, Selangor muncul juara pada 2005 selepas menewaskan Perak 4-2, sebelum terpaksa akur tewas 2-3 kepada Kedah pada final 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN