KUALA LUMPUR – Tiada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tersenarai dalam senarai 24 pemain Harimau Malaya untuk hadapi dua aksi persahabatan menentang China dan Yemen.
Malah lebih mengejutkan apabila pemain Harimau Selatan juga turut tidak tersenarai dalam 15 pemain senarai bersedia.
Pengendali sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengekalkan seramai 11 pemain daripada skuad 23 pemain yang berjaya meraih tempat ketiga Piala ASEAN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2026 di Jakarta dan Bandung, Indonesia, 25 September hingga 5 Oktober lalu.
Cheng Hoe juga memanggil semula tiga pemain dari skuad Piala Hyundai ASEAN 2026, Julai dan Ogos lalu serta 10 pemain lain termasuk dua muka baharu iaitu Ahmad Haziq Kutty Abba (Terengganu FC) dan A. Selvan (Selangor FC).
Selangor FC mempunyai senarai pemain paling ramai, iaitu tujuh orang, iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azmn, Quentin Cheng, Harith Haiqal Adam Afkar, Ahmad Zikri Khalili, Nooa Laine, Syahir Bashah dan Selvan.
Tan Hoe memanggil enam pemain Kuching City, diikuti Terengganu (lima pemain) dan masing-masing seorang pemain daripada Kuala Lumpur City, Star City, Cerezo Osaka, Ratchaburi FC, Ross County FC serta PAC Omonia.
Harimau Malaya akan menentang China pada 14 November dan Yemen pada 17 November di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China. – KOSMO! ONLINE
















