fbpx
MEHAK berdiri selama empat jam di menara telekomunikasi setinggi 30 meter di Uttar Pradesh, India baru-baru ini. - Instagram

Gadis merajuk nikah selepas panjat menara telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang gadis berumur sia 19 tahun di India memanjat dan berdiri selama empat jam di atas menara telekomunikasi setinggi 30 meter untuk mendesak keluarga membenarkannya berkahwin dengan lelaki idaman, lapor laman berita Geo News.

Kejadian berlaku di daerah Bahraich, negeri Uttar Pradesh, baru-baru ini. 

Gadis bernama Sahiba Begum atau lebih dikenali sebagai Mehak itu memanjat menara telekomunikasi  selepas bertengkar dengan ibunya mengenai hubungan dengan Nooruddin.

Nooruddin, 21, sedang bekerja di Mumbai, kira-kira 100 kilometer dari menara berkenaan semasa kejadian berlaku. 

Pasangan kekasih berkenaan mahu berkahwin tetapi ditentang keluarga, menyebabkan Mehak berdiri di atas menara telekomunikasi selama empat jam. 

Dia juga mengancam untuk terjun sekiranya permintaan tidak dituruti, lapor akhbar Hindustan Times. 

Situasi cemas itu berakhir apabila seorang jurunikah melangsungkan perkahwinan mereka melalui panggilan video, yang turut disertai Nooruddin dari Mumbai. 

Selepas majlis tersebut selesai, Mehak akhirnya bersetuju untuk turun dan dibantu oleh polis tempatan. 

Polis kemudian membawa Mehak bersama keluarganya ke balai polis untuk sesi kaunseling sebelum mereka dibenarkan pulang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN