fbpx
GAMBAR HIASAN

Guru lelaki ditahan buat onar dalam makmal sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak di sebuah sekolah rendah di sini.

Difahamkan tertuduh dikatakan membawa mangsa ke stor makmal sekolah sebelum memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa.

Dikatakan kejadian berlaku berulang kali sebelum keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Nor Azman Yusof berkata, suspek yang berusia 24 tahun ditahan untuk siasatan lanjur selepas polis menerima laporan.

“Suspek ditahan reman bermula 30 Oktober sehingga esok dan siasatan masih giat dilakukan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN