fbpx
Kumpulan finalis BizSmart Challenge bergambar bersama panel hakim di Kuala Lumpur baru-baru ini.

13 finalis bersaing sengit dalam peringkat akhir BizSmart Challenge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga belas perniagaan tempatan perintis telah berjaya melangkah ke peringkat akhir BizSmart Challenge Accelerator Edition 2026 (BizSmart Challenge) anjuran Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank). 

Mereka telah melalui perjalanan bimbingan yang ketat dan sesi pembentangan (pitching) bertekanan tinggi, dengan tiga daripadanya mengesahkan tempat ke peringkat akhir menerusi peluang kedua yang penuh cabaran.

Para finalis merangkumi pelbagai industri, termasuk penjagaan kesihatan, terapi dan pendidikan kanak-kanak, penjagaan peribadi, kelengkapan rumah dan kediaman, media digital, makanan dan minuman, serta peruncitan. 

Mereka berjaya menonjolkan diri daripada lebih 500 penyertaan dalam antara persaingan paling sengit setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam berkata, pihaknya komited dalam membantu perniagaan mendepani setiap peringkat perjalanan pertumbuhan perniagaan peserta. 

“Penyertaan tahun ini mencerminkan misi,  inovasi dan tumpuan yang semakin meningkat terhadap kelestarian dalam kalangan usahawan Malaysia dan kejayaan mereka melangkah ke peringkat akhir bukanlah satu pencapaian yang mudah kerana mereka telah diuji dalam pelbagai aspek perniagaan mereka dan mereka berjaya menangani cabaran tersebut dengan cemerlang. 

“Menerusi BizSmart Challenge, kami menghubungkan perniagaan yang berpotensi dengan kepakaran, rangkaian dan penyelesaian kewangan yang diperlukan untuk berkembang secara mampan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,”  katanya dalam kenyataan.

Para peserta dinilai oleh panel hakim terkemuka yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam; Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan & Transaksi Kumpulan Alliance Bank, Raymond Chui; Rakan Pengasas & CEO 1337 Ventures, Bikesh Lakhmichand; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund, Norman Matthieu Vanhaecke dan Ketua Pegawai Operasi Sunway iLabs, Karen Lau.

13 finalis teratas BizSmart Challenge Accelerator Edition 2026 terdiri daripada CeX Entertainment Exchange, Click2Health, FFF Media Group, Healez, HYGR, Its herbs, Kalt Air Conditioning, Kapas Living, Kiddos Play Lab, Nateskin, Siikat Natural  Headspa, Taka Patisserie dan The Pastels Shop.

Hadiah wang tunai keseluruhan yang ditawarkan untuk pertandingan ini bernilai RM400,000 bagi tiga  tempat teratas, berserta anugerah khas dan peluang lain yang disokong oleh rakan kerjasama program ini.

 Ini merangkumi Partner Selection Award oleh Cradle dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM50,000 untuk tiga pemenang; Investor Choice Award oleh 1337 Ventures; dan FutureX Award oleh Sunway iLabs, serta hadiah penajaan media bernilai RM180,000 daripada Seni Jaya. 

Para pemenang akan diumumkan pada Malam Penyampaian Anugerah yang dijadualkan pada 25 November 2026.

Sejak dilancarkan pada tahun 2013, BizSmart Challenge telah menyokong lebih 185 perniagaan, membantu mereka berkembang dan bersaing dengan lebih berkesan dalam sektor masing-masing. 

Memasuki musim kelapan, program ini terus menyokong PKS Malaysia yang berpotensi tinggi menerusi bimbingan perniagaan terstruktur, penyelesaian perbankan terlaras serta hubungan strategik bersama pelabur dan rakan ekosistem. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN