Nur Ain Adilin (kiri) dipenjara tiga bulan kerana membuang mayat bayinya di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Buang mayat bayi dalam longkang, ibu muda dipenjara 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Seorang wanita muda dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membuang mayat bayinya ke dalam longkang di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengah, Kuala Berang di sini, pada bulan lalu.

Majistret Athirah Hashim memerintahkan demikian selepas tertuduh, Nur Ain Adilin Mohd. Rofiza, 23, yang juga pembantu kedai makan membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Beliau turut mengarahkan tertuduh membayar denda RM5,000 atau penjara tambahan lima bulan sekiranya gagal melunaskannya.

Berdasarkan pertuduhan, Nur Ain Adilin didakwa menyembunyikan kelahiran anaknya dengan membuang mayat bayi itu ke dalam longkang. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Perumahan Awam Kos Rendah, Padang Setengah, Kuala Berang di sini pada pukul 10 malam, 15 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 16 Oktober lalu melaporkan seorang wanita panik menemukan mayat bayi yang hanya tinggal sebelah tangan dan kedua-dua kaki sewaktu membasuh pakaian di belakang rumahnya di Perumahan Padang Setengge.

Hasil bedah siasatan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum sebelum sebahagian anggotanya termasuk kepala dan tubuh terpisah dan masih belum ditemui sehingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN