Tangkap layar video pemandangana awan tebal dan gelap di Setia Alam sebelum maghrib tadi.

[VIDEO] ‘Nampak berat, tunggu masa jatuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemandangan awan tebal dan gelap menyelubungi ruang udara Setia Alam dan kawasan sekitarnya iaitu sebelum hujan melanda tempat tersebut, mencetuskan perasaan mendebarkan dalam kalangan pengguna media sosial.

Suasana tersebut dirakam seorang pengguna Threads Farah Atiqah yang mana pada video dimuat naiknya di platform itu, kelihatan awan gelap dan tebal serta jaraknya seolah-olah dekat dengan kawasan daratan.

Rakaman itu dibuat sebelum maghrib tadi, sebelum difahamkan cuaca hujan lebat sekitar 10 minit di kawasan berkenaan.

“Nampak ‘berat’. Menunggu masa untuk ‘jatuh’,” katanya menggambarkan keadaan awan di tempat tinggalnya.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang mana mereka berkongsi perasaan melihat awan tebal itu.

“Saya suka cuaca yang macam ni. Rasa macam mana eh, tenang gitu,” komen pengguna Threads Shanoordin.

“Benda seram dalam dunia ialah nombor satu laut, nombor dua langit,” kata Mesbi6789.

“Takut pula tengok pemandangan macam ni,” kata Dyayakamil.

“Setuju, memang nampak ‘berat’ dan tunggu masa ‘jatuh’,” kata Frrhannn. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN