Anggota Angkatan Pertahanan Awam menjalankan operasi menangkap ular bersaiz besar yang ditemukan di dalam sebuah rumah di Kedah.

[VIDEO] Takut ular jatuh dari siling ketika tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penemuan seekor ular sawa bersaiz besar di sebuah rumah di Kedah mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya terkejut dan bimbang dengan kehadiran reptilia berkenaan.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dengan akaun @abkhalidhjabdullah mempersoalkan bagaimana ular sebesar itu boleh berada di dalam rumah tanpa disedari penghuni.

“Kes di Kedah ni…macam mana ular sebesar tu boleh duduk dalam rumah depa (mereka),” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial lain yang meninggalkan pelbagai komen, termasuk berseloroh dan meluahkan rasa takut melihat saiz ular berkenaan.

Pengguna @fatinroziana1 secara berseloroh mengaitkan kejadian itu dengan lagu popular Anaconda.

“Orang tengah serius tiba-tiba dengar ‘We anaconda we’,” komen pengguna itu.

Sementara itu, pengguna @thepes.my meluahkan rasa gerun melihat reptilia berkenaan.

“Ya Allah. Takut. Like (macam) tengok muka saya kalau jumpa lagu (macam) ni punya besar,” katanya.

Seorang lagi pengguna pula meminta petua untuk mengesan kehadiran ular di bahagian siling rumah kerana bimbang reptilia itu terjatuh ketika penghuni sedang tidur.

“Tolong bagi tips macam mana kita nak tahu ada dia atas sana? Saya dari dulu lagi overthinking (terlebih fikir) sangat, takut tengah lena, siling tak boleh tampung berat dia, tiba-tiba jatuh atas kita tengah lena,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN