Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Praveen, Suren didakwa tetak orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan cedera parah terhadap seorang lelaki menggunakan senjata parang dalam kejadian di sebuah kedai makan di Rembau, minggu lalu.

K Shan Praveen, 29, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan dan K P Suren, 22, yang bekerja di kedai mencuci kenderaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama dua lagi individu yang masih bebas didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap lelaki berusia 42 tahun menggunakan sebilah parang kira-kira pukul 8 pagi pada 12 November lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makanan di Legung Jaya dan mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN