Poster ucapan takziah kepada mangsa yang dikongsi di laman Facebook Mohd Zolkafly.

Tragedi cari buluh, lelaki maut diserang harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki Orang Asli maut dipercayai akibat serangan harimau ketika mencari buluh di kawasan hutan Lata Serai, Kampung Bawong dekat Sungai Siput, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, mangsa Ngah Itam, 65, yang merupakan bapa tunggal kepada lima anak dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mohd Zolkafly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang berkata, beliau menerima berita mengenai kejadian itu daripada Ketua Balai Polis Lintang selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Mexclub kali ke-62 di Desaru, Johor semalam.

“Ini merupakan kejadian kedua yang mengorbankan nyawa penduduk akibat serangan harimau di kawasan Sungai Siput dalam tempoh hampir dua bulan.

“Pada 21 September lepas, seorang penduduk Kampung Takong, Pos Perwor, turut meninggal dunia selepas dipercayai diserang harimau ketika mencari rotan di hutan,” katanya.

Justeru, Mohd Zolkafly berharap pemantauan dan langkah keselamatan di kawasan berisiko dipertingkatkan segera selain turut meminta penduduk Kampung Bawong dan kawasan berhampiran sentiasa berwaspada, menjauhi kawasan kejadian dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Beliau turut merakamkan takziah dan berharap anak-anak serta ahli keluarga mangsa diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian tersebut. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN