Antara makanan sejuk beku yang dirampas di sebuah premis di Tanjung Pati, Dungun, semalam. Foto PGA

Tulang lembu, siakap antara makanan sejuk beku dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Tulang lembu, siakap antara 6,064 kilogram pelbagai produk makanan sejuk beku bernilai RM81,243 dirampas Pasukan Gerak Am (PGA) dalam satu serbuan di sebuah premis pembekal makanan sejuk beku di Tanjung Pati, di sini, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Salju Mega itu dilakukan kira-kira pukul 11.20 pagi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun (MPD).

Ahmad Radzi berkata, serbuan tersebut dilakukan hasil risikan berhubung aktiviti penyimpanan dan penjualan produk makanan sejuk beku yang disyaki tidak mematuhi peraturan berkaitan pengendalian, penyimpanan serta pelabelan makanan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam premis dan tiga buah stor penyimpanan menemukan
pelbagai produk makanan sejuk beku yang disyaki tidak mematuhi keperluan pelabelan makanan,” katanya.

Menurutnya, antara produk yang dirampas ialah karkas kambing sebanyak 1,188 kilogram, tulang lembu (836 kilogram); kentang goreng beku (860 kilogram); ikan siakap (800 kilogram); tiram (660 kilogram) dan isi kerang (540 kilogram).

“Premis ini beroperasi sejak 2023 dan memperoleh bekalan makanan sejuk beku dari Pahang serta Pulau Pinang sebanyak empat kali seminggu dan pemilik premis memaklumkan hasil jualan produk berkenaan dianggarkan RM15,000 sebulan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN