RICE bersetuju untuk kekal di Arsenal dengan menandatangani kontrak baharu selama lima tahun. - AFP

EPL: Rice setuju kekal di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Peminat-peminat Arsenal mendapat perkhabaran gembira apabila pemain tengah berpengaruh, Declan Rice terus menunjukkan komitmen selepas bersetuju menandatangani kontrak baharu.

Menerusi perjanjian itu, Rice akan kekal di Stadium Emirates sehingga 2031, menggantikan kontrak sebelum ini yang sepatutnya berakhir pada 2028, sekali gus menutup ruang buat pasukan lain untuk memancing khidmatnya.

Sebelum ini, Rice sudah pun memberi gambaran untuk menandatangani kontrak baharu bersama The Gunners selain mengakui dia sangat gembira dan bangga kerana dapat mewakili pasukan seperti Arsenal.

“Saya merupakan seorang pemain yang sentiasa meletakkan sasaran dan tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian. Saya sentiasa mahukan lebih dan harap kontrak saya dapat diselesaikan segera.

“Saya sangat bertuah untuk berada di kelab seperti Arsenal kerana pengurus memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya. Saya juga memiliki rakan sepasukan yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

Kontrak baharu itu juga akan menyaksikan Rice menjadi salah seorang pemain yang menerima gaji paling tinggi di Arsenal apabila bakal menikmati bayaran £350,000 (RM1.89 juta) seminggu berbanding £240,000 (RM1.29 juta) sebelum ini.

Difahamkan, sebaik sahaja menyelesaikan urusan kontrak Rice, Arsenal dijangka menawarkan kontrak baharu buat pemain-pemain utama yang lain termasuk kapten, Martin Odegaard, David Raya dan Kai Havertz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN