ZUBIMENDI

EPL: Arsenal letak tanda harga Zubimendi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea kembali menghidupkan minat mereka terhadap pemain tengah Arsenal, Martin Zubimendi, menjelang jendela perpindahan Januari, namun berdepan persaingan daripada Real Madrid dan Atletico Madrid.

The Blues merupakan antara beberapa kelab yang menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Zubimendi pada musim panas lalu, namun pemain antarabangsa Sepanyol yang memenangi Piala Dunia itu akhirnya memilih untuk kekal bersama Arsenal.

Zubimendi mempamerkan permulaan yang cemerlang dalam kariernya bersama Arsenal selepas menyertai kelab itu dengan nilai perpindahan £60 juta (RM325.81 juta) dari Real Sociedad pada 2025.

Namun, pengaruhnya dalam pasukan kendalian Mikel Arteta semakin berkurangan menjelang penghujung musim lalu.

Persaingan sengit untuk merebut tempat di Emirates semakin meningkat pada musim panas apabila Arsenal membelanjakan £75 juta (RM407.27 juta) bagi mendapatkan pemain tengah Brazil, Bruno Guimaraes dari Newcastle United.

Akibatnya, Zubimendi masih menunggu peluang untuk membuat penampilan pertama sebagai pemain kesebelasan utama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya di utara London.

Arsenal berhasrat untuk mendapatkan penyerang baharu pada Januari ini menyebabkan Zubimendi menjadi antara calon pemain yang bakal dilepaskan dan The Gunners meletakkan nilai yang sama ketika mereka mendapatkan pemain itu sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN