ODEGAARD meledak gol tunggal perlawanan yang menghadiahkan kemenangan untuk Arsenal. - AFP

EPL: Arteta mula meluat mentaliti pemain Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal dianggap cukup bernasib baik ketika mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Hull City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Emirates malam kelmarin.

Meskipun mendominasi sepenuhnya perlawanan apabila menguasai 67 peratus permainan, namun The Gunners dilihat bergelut untuk menjaringkan gol sebelum Martin Odegaard meledak gol kemenangan pada minit ke-72.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, pemain-pemainnya perlu berhenti untuk cuba menjaringkan gol berkelas dunia dalam setiap perlawanan dan harus memanfaatkan setiap peluang terhidang.

“Kami perlu lebih efisien setiap kali memiliki peluang untuk menjaringkan gol. Hari ini (kelmarin) kami memiliki dua situasi satu lawan satu dengan penjaga gol tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya.

“Apabila kami cuba untuk menjaringkan gol sempurna setiap kali berdepan pasukan yang bertahan seperti Hull, ia membuatkan kami bergelut. Kami hanya perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada,” katanya.

Pada masa sama, beliau menganggap Arsenal mampu mencatat kemenangan lebih selesa seandainya mereka tidak terlalu memilih dan menjaringkan gol awal, lebih-lebih lagi mereka mencipta 19 percubaan sepanjang 90 minit permainan.

“Sebenarnya kami memiliki cukup peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol. Kami menekan mereka sepanjang perlawanan dan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan menerusi gol kemenangan,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN