GAMBAR fail bertarikh 3 Ogos 2006 ketika Ferguson bersama Carrick yang menyarung jersi Manchester United sebagai pemain baharu.

Tukar pengurus rosakkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEMALAM Manchester United meraikan ulang tahun ke-40 ketika mereka membuat keputusan paling tepat dalam sejarah pasukan dengan melantik Sir Alex Ferguson pada November 1986.

Bagaimanapun, selepas pemergian beliau pada 2013, United seakan terkena sumpahan apabila masih belum menemui pengganti yang benar-benar mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan itu.

Dalam tempoh 13 tahun, United sudah melantik tujuh pengendali tetap, namun belum ada seorang pun yang mampu memberikan petanda bahawa kelab itu mampu menikmati semula era kehebatan melainkan setiap musim menyaksikan pengurus mereka berdepan pemecatan.

Selepas hampir dua bulan dan mengharungi sembilan perlawanan, pertengahan minggu lalu menyaksikan mereka belum terlupa cara untuk meraikan kemenangan apabila mencipta kebangkitan magis membenam AS Roma pada aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Selepas empat aksi di Old Trafford berakhir dengan tiga kekalahan dan satu keputusan seri, United akhirnya memberikan sedikit keceriaan buat para peminat pada perlawanan kelima itu, namun terlalu awal untuk mengatakan ia petanda kebangkitan.

Bangkit selepas ketinggalan dua gol sukar untuk dianggap sebagai kebetulan, namun United harus sedar bahawa aksi itu tidak cukup untuk dianggap hampir sempurna, cuma mungkin sekadar tuah memihak.

Individu paling lega pastinya pengendali pasukan, Michael Carrick yang hampir dipecat ketika tewas bertemu Bournemouth sebelum diberikan peluang menentang Chelsea, tetapi sekali lagi berdepan kekalahan.

Kemenangan kali ini cukup sekadar untuk menenangkan seketika bilik persalinan United, namun memulihkannya bergantung kepada kebijaksanaan Carrick untuk mengembalikan semula keyakinan para pemain.

Banyak pihak yang membuat andaian bahawa Carrick tidak mampu untuk bertahan sehingga Hari Krismas kali ini, namun apa yang bermain difikiran ketika ini adalah versi apakah pengganti beliau nanti dan selama mana United mampu bertahan dengan ‘permainan’ ini.

Dalam temu bual bersama beberapa individu yang pernah bekerja di United sepanjang era selepas Ferguson, mereka mengakui enam pengurus United sebelum gagal bertahan kerana proses lantikan tersebut mempunyai kelemahan disebabkan oleh heirarki di kelab itu yang gagal.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa ketika David Moyes tiba di Old Trafford, beliau dikatakan adalah calon cadangan Ferguson, namun hakikatnya pengendali Everton itu hanyalah pilihan ketujuh dalam senarai.

Sumber memberitahu bahawa United pernah mendekati Jurgen Klopp, Jose Mourinho, Carlo Ancelotti, Pep Guardiola, Diego Simeone dan Laurent Blanc sebelum akhirnya memilih Moyes.

Apabila Moyes dipecat selepas hanya 10 bulan, United melantik, Louis Van Gaal, meskipun bekas pengendali Ajax dan Barcelona itu sudah tiga tahun tidak terlibat dalam pengurusan kelab.

Berdepan Aston Villa Isnin ini, Carrick tidak ada pilihan kecuali perlu membuktikan United sudah memulakan proses pemulihan dengan kemenangan adalah mandatori. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN