CARRICK terus gagal untuk memperbaiki prestasi United apabila mereka terperosok ke zon penyingkiran ketika ini. - AFP

EPL: United temui calon pengganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United dijangka memecat pengendali pasukan itu, Michael Carrick dalam tempoh terdekat selepas mereka terperosok ke zon penyingkiran dengan menghuni kedudukan ke-18 selepas sekadar terikat 4-4 menentang Aston Villa kelmarin.

Laporan menyebut, barisan pengurusan tertinggi United yang diketuai pengerusi bersama Joel Glazer, pemilik minoriti Jim Ratcliffe, Ketua Pegawai Eksekutif Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak, Jason Wilcox sedang menilai kedudukan Carrick.

Pihak pengurusan kelab telah mengenal pasti pengganti sesuai dan mereka dikatakan menamakan Jurulatih Amerika Syarikat, Mauricio Pochettino sebagai calon pilihan untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Carrick.

Walaupun sumber memaklumkan bahawa perbincangan masih berlangsung pihak kelab kini menerima hakikat bahawa prestasi serta keputusan semasa menuntut perubahan di kerusi pengurus.

Pochettino, 54, telah melanjutkan kontraknya bersama Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat sehingga 2030 pada Ogos lalu, selepas membimbing pasukan itu mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia pada musim panas ini.

Bekas pengendali Tottenham Hotspur, Chelsea dan Paris Saint-Germain itu mempunyai klausa pelepasan bernilai £7.4 juta (RM40.24 juta) dalam kontraknya bersama pasukan AS  dan United perlu membayar jumlah tersebut sekiranya mahu mendapatkan khidmat Pochettino.

Bekas pengurus Newcastle United, Eddie Howe, turut menjadi antara calon yang mendapat perhatian pihak pengurusan United selain Julian Nagelsmann yang ketika ini juga tidak terikat dengan mana-mana kelab, merupakan antara pilihan lain.

Bagaimanapun, Pochettino yang pernah menjalani temu duga bagi jawatan pengurus United sebanyak tiga kali sebelum ini dilihat sebagai calon paling sesuai kerana mempunyai pengalaman di EPL serta personaliti yang diperlukan untuk membantu United keluar daripada krisis dan mengembalikan kegemilangan kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN