KEJADIAN yang tular di media sosial selepas sekumpulan lelaki membakar mercun berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, Johor Bahru.

Tiga lagi ditahan, padah bakar mercun atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Tindakan tiga lelaki yang membakar mercun di atas jalan raya berhampiran berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, di sini membawa padah selepas perbuatan itu tular sebelum mereka ditahan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistent Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan yang ditahan tersebut berusia antara 19 hingga 23 tahun susulan daripada empat lelaki tempatan yang ditahan sebelum ini.

“Ini menjadikan keseluruhan tujuh orang telah ditahan. Semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, manakala seorang suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Tambah Azrol Anuar, dalam perkembangan sama kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor

“Seorang suspek dibebaskan dan akan dijadikan saksi pendakwaan, kesemua suspek akan di tuduh di Mahkamah Majisteret Johor Bahru esok,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN