Tangkap layar video tular beberapa penunggang motosikal meneruskan perjalanan biarpun lampu isyarat berwarna merah.

[VIDEO] ‘Apa salahnya tunggu beberapa saat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan segelintir penunggang motosikal yang tidak berhenti sewaktu lampu isyarat berwarna merah, mengundang kecaman orang ramai terhadap faktor keselamatan jalan raya.

Menerusi hantaran video dikongsikan pengguna Threads Key_rool memperlihatkan, beberapa penunggang yang tetap meneruskan perjalanan biarpun lampu isyarat berwarna merah di satu simpang empat.

Pada video berkenaan, kelihatan dua kereta di laluan yang lampu isyaratnya berwarna hijau sedang membelok di simpang empat tersebut, diikuti beberapa penunggang motosikal di laluan lampu isyaratnya merah meneruskan perjalanan mereka.

“Apa salah tunggu, beberapa saat je pun lampu merah tu daripada nyawa yang melayang,” menurut kapsyen pada video Key_rool.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Threads terhadap penunggang motosikal yang terlibat supaya lebih berhati-hati serta mematuhi peraturan jalan raya.

“Lepas tu kemalangan, tuntut insurans kat kenderaan yang melanggar. Tak pasal-pasal yang melanggar hilang NCD (diskaun tanpa tuntutan). Sebab tu aku kalau jumpa rider (penunggang) macam ni, aku doakan mati je. Aku dah pernah kena, kes kat lampu isyarat, kat balai dia tak nak mengaku. Dashcam (kamera papan pemuka) tak ada, tahu-tahu dia tuntut kat insuran aku, tak pasal-pasal NCD aku hilang,” komen Anak_antoo123.

“Aku penunggang hari-hari pun pening. Tengok orang lagi satu saat je nak hijau tu pun dah pulas laju gerak. Satu saat tu macam-macam boleh jadi, kena langgar orang kejar lampu. Kalau kena kau dah salah. Insurans pun tak layan sebab salah, medical (perubatan) belum tentu. Satu saat tu boleh kena saman kalau depan tu ada roadblock (sekatan jalan),” kata Rantsomemore.

“Kalau ada CCTV (televisyen litar tertutup), banyak dah kutipan ni, capai KPI,” seloroh Encheroy. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN