fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

‘Pandu sendirian, tapi sensor kesan 3 orang tak pakai seat belt’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Titik terendah pakai kereta baru. Sensor (pengesan) kesan tiga orang dekat belakang tak pakai seat belt (tali pinggang keledar), tapi kau tengah memandu seorang malam-malam.”

Situasi itu dikongsikan seorang wanita yang menceritakan pengalaman apabila sistem pengesan tali pinggang keledar kereta baharunya memberikan amaran seolah-olah terdapat tiga penumpang tidak diundang di tempat duduk belakang.

Lebih menyeramkan, ketika itu dia yang menggunakan profil @Fyza.s di media sosial, sedang memandu seorang diri pada waktu malam.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, malah ada yang berkongsi pengalaman serupa.

“Pernah kena hari tu. Tengah hari rembang masuk kereta nak pandu seorang. Tiba-tiba berbunyi semua tali pinggang belakang,” kongsi @Ainawafi_abkadir.

“Sebab tu saya lebih selesa pakai Wira ni sampai sekarang,” komen @Jalalmisai.

“Saya pernah kena. Bawa kereta sendirian, rasa ada kaki tolak dari belakang macam budak-budak sepak-sepak kerusi kereta tu,” kata @Nurul_azren_nazri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN