fbpx
KEADAAN motosikal milik mangsa yang rosak akibat bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Kampung Gua Exit LTU di Lipis, hari ini.

Niat ibu cari rezeki demi lima anak berakhir tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Niat seorang ibu kepada lima anak untuk keluar mencari rezeki buat keluarganya tidak kesampaian apabila dia maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran Kampung Gua Exit Lingkaran Tengah Utama (LTU), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Nur Suara Puteri Mohd Norddin, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dialaminya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Lembar di sini dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang makanan di Jalan Peruang, Jerkoh di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 19 tahun bertembung dengan motosikal mangsa.

Menurutnya, pemandu kereta berkenaan dalam perjalanan dari Kechau di sini menuju ke sebuah kolej.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah meninggal dunia di tempat kejadian. Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Ismail turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil membantu siasatan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN