fbpx
Hussein pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

Dua remaja bekal vape ‘piu piu’ kepada pelajar ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua remaja ditahan polis selepas disyaki membekalkan vape mengandungi dadah kepada seorang pelajar sekolah di Negeri Sembilan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 17 dan 18 tahun.

Katanya, suspek berusia 17 tahun merupakan rakan sekolah mangsa, manakala seorang lagi berusia 18 tahun sudah tidak bersekolah.

“Siasatan mendapati kedua-dua suspek terbabit membekalkan peranti vape yang dipercayai mengandungi dadah kepada pelajar berkenaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, polis kini sedang mengesan seorang lagi individu yang dipercayai membekalkan vape berkenaan kepada kedua-dua suspek.

“Siasatan awal mendapati peranti itu diperoleh menerusi rangkaian pembelian di media sosial sebelum dihantar terus ke rumah,” ujarnya.

Hussein berkata, kejadian itu menunjukkan trend membimbangkan apabila produk vape dicampur dadah mula dipasarkan dan diedarkan menerusi platform media sosial.

Katanya, produk berkenaan berkemungkinan mengandungi campuran bahan berbahaya termasuk ketamin, benzodiazepin dan kanabinoid.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesyaki terdapat campuran dadah sintetik lain dalam cecair vape berkenaan.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif tiga jenis dadah.

“Kedua-dua suspek telah dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, penggunaan vape dicampur dadah boleh menyebabkan seseorang hilang kawalan terhadap tingkah laku sehingga membahayakan diri sendiri dan orang sekeliling.

“Kesannya dapat dilihat menerusi video tular apabila individu terbabit berada dalam keadaan tidak terkawal dan berbahaya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN