Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Jamalludin Abd. Majid ( kanan ) menyerahkan laporan polis kepada Ketua Balai Polis Benut, SM Norzali Salleh, di Benut, di Pontian, hari ini.

Tahanan rumah Najib: 191 bahagian UMNO digesa buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Sebanyak 191 Bahagian UMNO di seluruh negara digesa membuat laporan polis berhubung penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, laporan itu bertujuan mendesak Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik penangguhan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Presiden UMNO berkenaan.

Menurutnya, kesemua 191 bahagian UMNO disaran membuat laporan polis hari ini atau esok sebagai tanda sokongan terhadap Najib.

“Sepatutnya tiada sebarang alasan yang wajar diberikan kerana semua pihak mesti menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Jawatankuasa Pengampunan yang telah memutuskan pelaksanaan tahanan rumah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Benut, di sini hari ini. Turut hadir, Setiausaha Kerja UMNO Malaysia merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Mohd Sumali Reduan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Jamaluddin Abd. Majid.

Semalam, AGC mengumumkan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi meneliti tafsiran undang-undang berkaitan Perintah Pengampunan Bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Penangguhan itu dikaitkan dengan dua tafsiran perundangan berhubung kesan penyelesaian denda RM50 juta dalam kes SRC International. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN