fbpx
Satu sidang akhbar dijangka dibuat oleh peguam Najib selepas bekas pemimpin UMNO itu tiba di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Sidang akhbar selepas Najib tiba di Langgak Duta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, di sini untuk menjalani hukuman tahanan rumah.

Sumber memaklumkan, pemeriksaan kesihatan itu perlu diselesaikan sebelum Najib dibawa ke kediaman berkenaan.

“Beliau perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu. Selain itu ada beberapa proses perlu diselesaikan sebelum dibawa ke Langgak Duta untuk tahanan rumah,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh peguam Najib selepas bekas pemimpin UMNO itu tiba di Langgak Duta di sini.

Terdahulu, Najib dilihat keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 2.37 petang sebentar tadi dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN