TANGKAP layar video menunjukkan mangsa disambar api selepas menyentuh talian elektrik bervoltan tinggi di China baru-baru ini. - Jam Press  

Pekerja terbakar semasa berbual dengan rakan  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pekerja lelaki mengalami kesan lecur yang teruk apabila seluruh badannya disambar api selepas menyentuh talian elektrik bervoltan tinggi di China, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadin berlaku di Bandar Kaifeng di wilayah Henan, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pekerja terbabit sedang mengangkat sebuah besi panjang sebelum mengalihkan pandangan dan berbual dengan rakannya. 

Situasi tenang bertukar cemas apabila dia tiba-tiba disambar api, menyebabkan beberapa pekerja dari kedai kereta berhampiran bergegas menyemburnya dengan alat pemadam api. 

Beberapa peniaga mendengar tiga bunyi letupan kuat dan menyamakannya dengan bunyi bunga api. 

Walau bagaimanapun, mangsa terselamat dan dia dibawa ke hospital tempatan selepas mengalami kesan lecur yang teruk. 

Syarikat Pembekalan Tenaga Kaifeng menjalankan siasatan di lokasi kejadian sehari selepas insiden tersebut dan tidak menemukan sebarang bahaya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN