Anggota polis ketika menguruskan mayat lelaki yang maut ditembak dalam serbuan tersebut.

Penjenayah guna teksi samun wanita, warga emas maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kegiatan licik seorang lelaki yang dipercayai menjadikan teksi sebagai ‘perangkap’ untuk menyamun penumpang wanita dan warga emas maut ditembak dalam serbuan di sebuah bilik di Chow Kit, di sini awal pagi tadi.

Suspek yang dipercayai terbabit dalam kegiatan samun sekitar ibu negara itu ditembak selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah sepasukan polis yang menyerbu biliknya kira-kira pukul 2 pagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur dan Bukit Aman terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurutnya, suspek lelaki warga tempatan itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas ancaman keselamatan berjaya dikawal.

“Hasil pemeriksaan di bilik suspek, polis merampas sepucuk senjata api dan dadah disyaki syabu.

“Siasatan mendapati suspek menggunakan teksi sebagai modus operandi untuk menyamun penumpang wanita dan warga emas,” katanya.

Beliau berkata, dengan tertumpasnya penjenah itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 24 kes samun yang dilaporkan.sebelum ini.

Bagaimanapun layanya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek lain yang dipercayai terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN