SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, di sini, petang ini.
Ismail difahamkan tiba di istana berkenaan kira-kira pukul 5 petang sebelum pertemuan bersama Tuanku Muhriz berlangsung lebih sejam.
Perkembangan itu menyusul selepas pengumuman peletakan jawatan beliau menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Kira-kira pukul 6.30 petang, kenderaan yang membawa Tuanku Muhriz dilihat meninggalkan Istana Hinggap menerusi pintu utama.
Bagaimanapun, kenderaan yang dipercayai dinaiki Ismail difahamkan keluar melalui pintu belakang istana dan tidak sempat dirakam pihak media yang menunggu di lokasi. – KOSMO! ONLINE














