JENAZAH Allahyarham Muhammad Shahrul tiba di Surau Al-Ehsaniah, Kompleks Perumahan PDRM Tapah, Tapah pada pukul 5.53 petang tadi.

‘Mereka ke Melaka untuk ambil kenderaan dipinjamkan untuk PRN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Van yang membawa 11 anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh ke Melaka yang terlibat dalam nahas pagi tadi bertujuan mengambil kenderaan yang dipinjamkan semasa Pilihan Raya Negeri Melaka baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua 11 mangsa merupakan pemandu yang ditugaskan untuk mengambil semula kenderaan di Melaka selepas PRN Melaka.

“Seorang meninggal dunia, empat mengalami kecederaan parah yang dirawat di Hospital Slim River sekarang dan enam lain mendapat rawatan pesakit luar (Hospital Tapah).

“Kebanyakan kecederaan di kepala, ada yang patah tangan dan sebagainya,” katanya di Surau Al-Ehsaniah, Kompleks Perumahan PDRM Tapah di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhammad Shahrul Alif Yaacob sampai di surau tersebut pada pukul 5.53 petang tadi untuk urusan solat jenazah yang selesai pada pukul 6.10 petang.

Yang turut hadir Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri.

Jenazah kemudiannya dibawa ke halamannya menggunakan van jenazah di Kampung Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN