Gambar hiasan

Dua kumpulan ditahan bergaduh di Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANDAKAN – Polis menahan 11 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki, dipercayai bersenjatakan senjata tajam di kawasan Pasar Bandar Ramai-Ramai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, kesemua suspek berusia antara 15 hingga 46 tahun terdiri daripada lima warga tempatan dan enam warga Filipina, ditahan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi talian kecemasan NG999 pada 7.36 malam semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan lelaki, yang bermula kira-kira 12.30 tengah malam hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata perselisihan faham itu berlarutan sehingga mencetuskan satu lagi pergaduhan, dengan video kejadian berkenaan tular di media sosial.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Polis meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu, kerana boleh mengganggu siasatan.-Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN