Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan kegiatan mencuri kabel dipercayai di Ipoh, Perak.

[VIDEO] Rajin cari kerja, 4 pagi dah bangun ‘rembat’ kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belum pun matahari terbit, sudah keluar ‘mencari rezeki’, namun bukan pekerjaan halal yang dicari sebaliknya kabel telekomunikasi pula menjadi sasaran.

Tindakan seorang lelaki yang didakwa mencuri kabel telekomunikasi seawal pukul 4 pagi itu tular selepas pemilik premis memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Threads malam tadi.

Pengguna @muizazman17 menerusi ruang kapsyen sempat menyindir tindakan individu terbabit yang disifatkan terlalu rajin keluar bekerja pada awal pagi dengan cara mencuri kemudahan awam.

“Rajin orang sekarang. Pukul 4 pagi dah keluar. Cari kerja dah. Hanpeh (teruk) betul, wire (kabel) telekom pun disebatnya,” tulisnya.

Sementara itu, maklumat yang terpapar pada CCTV berkenaan menunjukkan kejadian berlaku sekitar pukul 4.47 pagi, pada 10 November lalu dan dipercayai di Ipoh, Perak.

Rakaman juga memaparkan lelaki memakai topi terbabit sanggup memanjat tembok singki untuk memotong kabel yang berada di bahagian atas, namun percubaanya hanya berjaya menarik satu sahaja kabel.

Tiga minit kemudian, individu terbabit dilihat beredar dari premis dengan membawa potongan kabel yang berjaya ditarik dan mebiarkan satu lagi tergantung.

Hantaran @muizazman17 itu turut mengundang perhatian pengguna media sosial yang dipercayai turut kesal dengan kegiatan mencuri kabel berkenaan.

“Pejabat kami kene pukul 1 pagi. Dia punya rentap kabel tu macam nak luruh jantung tengok. Anjing menyalak tepi dia pun sikit dia tak heran. Dalam video ini nampak macam ragu-ragu lagi tu. Beginner (orang baru) kot,” kata @anizamarlia.

“Sekurangnya dia ada usaha bang awal pagi bangun cari kerja,” perli @ezzatinnur. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN