Tangkap layar video YouTube Isa Isarb sewaktu meninjau kebakaran hutan di Kalimantan, Indonesia.

[VIDEO] Isa Isarb sempat ‘terjah’ kebakaran hutan di Kalimantan, sebelum ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh dan pencipta kandungan, Isa Isarb berkongsi perjalanan bersama kumpulannya menemu bual penduduk termasuk petugas pemadaman api di Kalimantan, Indonesia, sebelum ditahan pihak berkuasa negara tersebut.

Menerusi video berdurasi dua jam 20 minit dimuat naik oleh Isa di laman YouTube semalam, dia berkongsi perjalanan ke Kalimantan dengan dibawa seorang pemandu atau ‘supir’, seterusnya menemu bual petugas pemadaman api di sana.

Dia kemudian diberi peluang menaiki jentera pihak pemadaman api dan pergi ke salah satu kawasan untuk melihat dengan lebih dekat kerja-kerja memadam kebakaran hutan tersebut.

“Memang mencabar lah padam kebakaran di sini, tak semudah kita sangka. Diorang bukan sengaja tak nak padam, memang susah. Ia merebak.

“20 minit di sana (kawasan kebakaran), dah rasa macam dua jam. Hampir mati, sikit lagi mati ni, sudah nazak ni,” katanya berkongsi suasana berkenaan.

Dalam video itu, Isa berkata, semasa hari ketiga berada di sana, dia dan kumpulannya mahu meneruskan perjalanan seterusnya di sebuah lagi lokasi kebakaran hutan.

Katanya, dalam perjalanan ke sana, mereka terlihat orang ramai termasuk mahasiswa melakukan demonstrasi berkait jerebu dan kebakaran hutan tersebut serta mengambil keputusan berhenti di situ bagi menemu bual peserta.

Isa berkata, terdapat dua kumpulan demonstrasi tersebut iaitu yang menyokong usaha dilaksanakan pemerintah dan satu lagi kumpulan mengkritik kepimpinan republik itu.

“Kami temu bual dan ambil pandangan kedua-dua kumpulan. Lepas siap temu bual, kami nak bergerak ke tempat kebakaran. Sewaktu tengah berjalan ke kereta, saya perasan ada orang ikut dari belakang.

“Jalan depan lagi dah jadi dua orang. Jalan depan lagi, ada orang ikut jurukamera. Lepas tu jalan depan lagi… saya, Zul dan Iman berjalan sekali menuju kereta, makin ramai (individu yang mengekori) dan makin ramai.

“Semua orang yang ikut itu rambut dia kemas. Jadi saya dah tahu, ‘something wrong somewhere’ (ada sesuatu tak kena). Tiba-tiba ada orang tu cakap kat saya, ‘awak Isa Bathrul ke?’. Berdesup darah saya naik kepala,” katanya.

Hantaran video itu mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakyat Malaysia selain ada yang memuji Isa bersama kumpulannya untuk ke lokasi kebakaran hutan bagi mendapatkan maklumat.

“Indonesia memang salah besar kalau terus tuduh Isa sebagai perisik. Nampak sangat nak jadi isu, ramai je buat konten macam baru-baru ni orang Korea duduk Malaysia, buat konten pasal jerebu juga, okey je,” komen pengguna YouTube Cekcr.

“Akhir video apa yang Isa cakap tu betul, buka mata kita semua dan menilai siapa yang berjuang untuk negara dan siapa yang merugikan negara ini untuk generasi akan datang,” komen Insan4155.

“Terbaik Isa dan team (pasukan). Baru mata semua orang terbuka kerana ada dan mengapa. Apa pun semoga yang terbaik untuk Isa dan team. Konten Isa Isarb sangat berguna untuk semua seluduh dunia. Teruskan, sangat bermakna untuk kami,” kata Mizaliacuksaloma8561.

Pada 8 November lalu, Kosmo! Online melaporkan, Isa mendakwa ditahan pihak berkuasa Indonesia selama enam hari, bersama beberapa indvidu lain ketika dia berada di lokasi demonstrasi mahasiswa di negara tersebut.

Isa Isarb menerusi hantaran Threads mendakwa, mereka ditahan di sana dan disyaki sebagai perisik dari Malaysia atau individu yang menerima wang daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN