Beruang yang ditangkap Perhilitan di Kampung Rantau Abang, Dungun. Foto PERHILITAN

Beruang tidur bawah rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan yang ‘berteduh’ dan tidur di bawah sebuah rumah penduduk di Kampung Rantau Abang, di sini, berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), malam tadi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima aduan mengenai hidupan liar itu yang berkeliaran di kawasan kampung dan berlindung di sebuah rumah penduduk kira-kira pukul 8.30 malam.

“Hasil pemantauan dan pemeriksaan lima anggota Perhilitan mendapati beruang dewasa yang dianggarkan seberat 70 kilogram tersebut sedang tidur di bawah sebuah rumah.

“Anggota Perhilitan kemudian telah menangkap hidupan liar itu kira-kira pukul 9 malam sebelum memindahkan beruang itu ke habitat yang bersesuaian,” katanya.

Choon Yung berkata pemeriksaan terhadap beruang tersebut mendapati keadaan fizikalnya sihat dan tiada sebarang kecederaan.

“Beruang tersebut mungkin tersesat daripada hutan simpan berhampiran yang berada kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN